awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Hezbollah ke atas Israel merupakan ‘sokongan tambahan’

Agensi
Agensi
12/11/2023
01:00 MYT
Serangan Hezbollah ke atas Israel merupakan ‘sokongan tambahan’
Ucapan Hassan Nasrallah kepada penyokong-penyokongnya disiarkan di skrin dalam satu acara penganjuran Hezbollah di Beirut pada Sabtu. - Gambar REUTERS
PEMIMPIN berpengaruh gerakan Hezbollah, Hassan Nasrallah berkata, kumpulan itu telah menggerakkan tindakan ke atas Israel sejak seminggu lalu dan serangan yang dilancarkan di selatan Lebanon itu akan berterusan.
Bahkan, Hezbollah turut menggambarkan serangan itu sebagai ‘sokongan tambahan.’
Berucap kepada penyokong-penyokongnya buat kali kedua sejak tercetusnya perang antara Israel dan Hamas, Hassan berkata, Hezbollah yang dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom serta negara-negara lain - sedang berusaha untuk menakluk wilayah Israel bersama-sama dengan senjata merangkumi pengeboman melalui drone dan peluru berpandu dengan bahan letupan antara 300 dan 500 kilogram.
Israel dan Hezbollah saling berbalas serangan di sempadan kedua-dua negara itu sejak lebih sebulan lalu – namun begitu, sehingga kini sebilangan besar serangan itu hanya berlaku di kawasan ketenteraan dan tempat terbuka.
Dalam ucapan sulungnya pada minggu lalu, Hassan berkata, Hezbollah sudah melakukan tindakan yang mencukupi dalam membantu Hamas di Gaza, dengan memastikan tentera Israel sibuk mengawal keselamatan di utara sempadan.
Kepada yang ternanti-nanti pengumuman berhubung tindakan yang akan diambil Hezbollah dalam masa terdekat pula, Hassan menitipkan pesanan: “Segala tindakan yang akan berlaku kelak adalah jawapan kepada tanda tanya itu.” - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Hezbollah
#serangan Hezbollah
#Hassan Nasrallah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan