DUNIA
Serangan Israel cetus trauma, laluan bantuan Gaza perlu dibuka segera - UNRWA
UNRWA menegaskan serangan udara Israel telah menyebabkan trauma berpanjangan kepada penduduk awam, termasuk wanita dan kanak-kanak yang kini berlindung di sekolah dan kem pelarian yang sesak. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) hari ini mengeluarkan amaran keras susulan pengeboman berterusan dan kemusnahan besar di Bandar Gaza serta kawasan utara.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan rasmi, UNRWA menegaskan bahawa serangan udara Israel semakin meningkat setiap jam, menyebabkan trauma berpanjangan kepada penduduk awam, termasuk wanita dan kanak-kanak yang kini berlindung di sekolah dan kem pelarian yang sesak.
“Penduduk Gaza sedang melalui ketakutan melampau di tengah-tengah pengeboman dan kemusnahan. Serangan ini bukan sahaja meragut nyawa, tetapi juga harapan,” kata jurucakap agensi itu.
UNRWA turut mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera dan tanpa syarat, sambil menyatakan bahawa pihaknya tidak dibenarkan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak lebih empat bulan lalu akibat sekatan ketat oleh Israel.
“Bekalan amat diperlukan. Kepungan mesti ditamatkan,” menurut kenyataan UNRWA di platform X, sambil merayu agar laluan bantuan dibuka segera bagi membolehkan penghantaran ubat-ubatan, makanan dan bahan api kepada lebih 2 juta penduduk yang terjejas.
Menurut laporan situasi terkini UNRWA, lebih 725,000 penduduk telah dipindahkan semula sejak gencatan senjata terakhir runtuh pada Mac 2025, dengan 86 peratus wilayah Gaza kini berada dalam zon ketenteraan atau kawasan perintah pemindahan paksa.
UNRWA turut memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Gaza ke Rafah akan mewujudkan kem pelarian besar-besaran di sempadan Mesir, sekali gus menafikan hak rakyat Palestin untuk masa depan di tanah air mereka.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- UNRWA mengeluarkan amaran keras terhadap pengeboman berterusan Israel di Bandar Gaza dan kawasan utara yang menyebabkan trauma kepada penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
- Agensi PBB itu menyeru gencatan senjata segera dan pembukaan laluan bantuan kemanusiaan, memandangkan bantuan tidak dapat dihantar ke Gaza sejak lebih empat bulan akibat sekatan.
- UNRWA melaporkan lebih 725,000 penduduk telah dipindahkan semula dan memberi amaran bahawa rancangan pemindahan ke Rafah akan mewujudkan kem pelarian besar-besaran serta menafikan hak rakyat Palestin terhadap tanah air mereka.