DUNIA
Serangan Israel di Gaza ragut 110 nyawa, termasuk 34 pencari bantuan
Ramai yang terbunuh sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air, dan ubat-ubatan. - Foto fail/AP
RAFAH: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Hospital Nasser di Khan Younis apabila keluarga mangsa berkumpul untuk menerima jenazah orang tersayang yang terkorban dalam insiden berdarah berhampiran pusat agihan bantuan Al-Shakoush, utara Rafah.
Sekurang-kurangnya 110 rakyat Palestin terbunuh termasuk 34 individu yang dipercayai sedang beratur untuk menerima bantuan kemanusiaan, menurut laporan Al Jazeera.
Menurut pegawai kesihatan Gaza, serangan udara dan tembakan artileri menyasarkan beberapa kawasan padat penduduk, termasuk tapak edaran bantuan makanan yang dikendalikan oleh sukarelawan tempatan dan antarabangsa.
Ramai yang terbunuh sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air, dan ubat-ubatan.
Hassan Omran, seorang paramedik tempatan, berkata mereka menerima lebih daripada 150 orang yang cedera, dengan kebanyakan luka tembakan di kepala dan badan.
Beliau menyifatkan keadaan sebagai “antara yang paling tragik” sepanjang krisis ini.
Saksi mendakwa mereka ditembak oleh penembak tepat ketika cuba menghampiri hab bantuan milik Gaza Humanitarian Foundation (GHF), yang dibiayai oleh AS dan Israel, memetik laporan Reuters.
Ketika diminta mengulas, tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat laporan tersebut.
Namun, insiden ini menambah bilangan korban yang telah pun mencecah 798 individu dalam tempoh enam minggu, menurut Pejabat Hak Asasi Manusia PBB.
GHF menggunakan syarikat keselamatan dan logistik swasta dari AS untuk menyalurkan bantuan, memintas sistem yang diketuai PBB.
Israel mendakwa sistem PBB telah disalah guna oleh pejuang Hamas, namun Hamas menafikan tuduhan tersebut.
Berikutan rentetan kematian awam di kawasan operasi GHF, PBB menyifatkan model bantuan itu sebagai “tidak selamat secara asas” dan melanggar prinsip ketelusan serta kemanusiaan.
Dapatkan berita terkini di sini