DUNIA
Serangan Israel di Gaza ragut 44 nyawa
Rakyat Palestin memeriksa keadaan di sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan selepas ia terkena serangan udara Israel, di Gaza City, Semenanjung Gaza, 25 Julai 2025. (Foto AP)
GAZA CITY: Serangan udara Israel pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin dan mencederakan puluhan yang lain, menyasarkan sekolah yang menempatkan pelarian, khemah serta orang awam yang sedang menunggu bantuan, menurut sumber perubatan dan saksi, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam serangan terbaharu, sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala kira-kira 250 lagi cedera apabila Israel menyerang sekumpulan orang awam yang sedang menunggu trak bantuan berhampiran kawasan Zikim, utara Beit Lahia di utara Gaza.
Tidak lama sebelum itu, dua rakyat Palestin maut dalam satu serangan udara yang menyasarkan sebuah rumah berhampiran persimpangan Abu Habib di kejiranan Zeitoun, tenggara Gaza.
Salah satu serangan paling dahsyat berlaku di Sekolah Al-Qahira yang menempatkan ribuan penduduk yang hilang tempat tinggal.
Sumber perubatan mengesahkan lima mangsa maut dalam serangan itu termasuk seorang kanak-kanak, manakala 10 lagi cedera dengan sebahagian daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Saksi berkata sekolah itu disasarkan secara langsung.
Di lokasi lain di bandar itu, dua rakyat Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan sekumpulan orang awam di kejiranan Zeitoun.
Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa seorang rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di Rafah, selatan Gaza, turut ditembak mati oleh tentera Israel.
Di Gaza City, serangan Israel mengorbankan empat rakyat Palestin di kawasan kejiranan Al-Tuffah dan Al-Rimal, termasuk serangan ke atas sekolah yang menjadi tempat perlindungan.
Saksi memaklumkan berlaku suasana panik ketika keluarga melarikan diri dari kawasan serangan.
Kematian dilaporkan di Gaza City, Jabalia, Beit Lahia dan Khan Younis, termasuk mangsa yang meninggal akibat kecederaan dari serangan sebelumnya.
Pasukan perubatan turut menemukan beberapa mayat lagi di timur Khan Younis.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini