Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
DUNIA

Serangan Israel di Gaza tidak langgar gencatan senjata - Marco Rubio

Astro Awani 27/10/2025 | 08:55 MYT
Rubio (foto) berkata serangan tersebut menyasarkan seorang anggota kumpulan Jihad Islam yang didakwa sedang merancang serangan ke atas tentera Israel. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak menganggap serangan udara Israel ke atas Gaza baru-baru ini sebagai pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang dimeterai bersama pihak perantara, menurut Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.


Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat tidak menganggap serangan udara Israel ke atas Gaza baru-baru ini sebagai pelanggaran gencatan senjata, kerana ia didakwa menyasarkan ancaman daripada anggota Jihad Islam.
  • Setiausaha Negara AS Marco Rubio menegaskan bahawa Israel masih berhak mempertahankan diri walaupun telah bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata yang dirunding bersama AS, Mesir dan Qatar.
  • Serangan berlaku beberapa hari selepas pembebasan tebusan oleh Hamas, dan ketegangan di Gaza terus menjadi perhatian antarabangsa dengan pemantauan terhadap pelaksanaan perjanjian damai.


Rubio berkata serangan tersebut menyasarkan seorang anggota kumpulan Jihad Islam yang didakwa sedang merancang serangan ke atas tentera Israel.

“Kami tidak melihat tindakan itu sebagai pelanggaran gencatan senjata,” katanya kepada media semasa dalam perjalanan ke Asia bersama Presiden Donald Trump.

Israel mendakwa individu terbabit merupakan ancaman segera, manakala kumpulan pejuang Jihad Islam menafikan dakwaan tersebut.

Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas Hamas membebaskan baki tebusan yang masih hidup, sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dirunding oleh AS, Mesir dan Qatar.

Rubio menegaskan bahawa Israel tidak melepaskan hak untuk mempertahankan diri walaupun telah bersetuju dengan gencatan senjata.

Beliau turut memaklumkan bahawa maklumat risikan telah dikongsi antara pihak perantara untuk mengenal pasti sebarang potensi ancaman.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Gaza masih tinggi, dengan komuniti antarabangsa terus memantau pelaksanaan perjanjian damai dan tindakan pihak-pihak yang terlibat.







#Marco Rubio #serangan udara Israel #pelanggaran gencatan senjata #Jihad Islam