DUNIA
Serangan Israel di Qatar cermin layanan dua darjat masyarakat antarabangsa
Serangan tersebut dijangka tidak akan membawa kepada akibat serius memandangkan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel telah menjadi kebiasaan dan jarang dikenakan tindakan. - Foto fail/AP
DOHA: Serangan Israel ke atas Qatar mencerminkan layanan dua darjat oleh masyarakat antarabangsa terhadap tindakan rejim itu.
Ringkasan AI
Penganalisis Asia Barat, Adam Shapiro berkata, serangan tersebut dijangka tidak akan membawa kepada akibat serius memandangkan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel telah menjadi kebiasaan dan jarang dikenakan tindakan.
Menurut beliau, dengan tidak memohon atau memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) lebih awal, Netanyahu boleh mengelak daripada menerima jawapan tidak dan hanya berdepan dengan akibat selepas itu.
“Dengan tidak meminta atau memaklumkan kepada AS lebih awal, Netanyahu boleh mengelak daripada menerima jawapan ‘tidak’ dan hanya berdepan dengan akibat selepas itu.
"Israel secara konsisten diberi ganjaran kerana berdepan dengan akibat selepas melakukan serangan atau tindakan, berikutan layanan dua darjat oleh masyarakat antarabangsa.
“Apa yang negara lain tidak boleh lakukan, Israel sentiasa terlepas daripadanya,” tambah beliau.
Israel secara konsisten diberi keistimewaan apabila hanya berdepan dengan akibat selepas melakukan sebarang serangan, berikutan layanan dua darjat oleh masyarakat antarabangsa.
Shapiro turut menyuarakan kebimbangan terhadap sikap masyarakat antarabangsa yang menurutnya membolehkan Israel terus bertindak tanpa dikenakan sebarang tindakan tegas.
Sementara itu, Qatar mengeluarkan kecaman terbaharu terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikutan kenyataannya yang mendesak negara Teluk itu mengusir anggota Hamas dari wilayahnya.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Penganalisis Adam Shapiro menyatakan bahawa pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel sering tidak dikenakan tindakan, mencerminkan sikap berat sebelah masyarakat antarabangsa.
- Israel didakwa sengaja tidak memaklumkan serangan ke atas Qatar kepada Amerika Syarikat lebih awal bagi mengelak penolakan rasmi dan hanya berdepan akibat selepas bertindak.
- Qatar mengutuk serangan dan kenyataan Netanyahu yang mendesak pengusiran anggota Hamas, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan unilateral Israel di wilayah Teluk.