[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Serangan Israel di Qatar: Trump anggap tindakan Netanyahu tidak bijak

Astro Awani 10/09/2025 | 23:50 MYT
Trump menegur Netanyahu berhubung serangan terhadap Hamas di Qatar, yang disifatkannya sebagai tidak bijak. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegur Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung serangan terhadap Hamas di Qatar, yang disifatkannya sebagai tidak bijak.


Ringkasan AI
  • Trump tegur Netanyahu: Presiden AS Donald Trump menyifatkan serangan Israel terhadap Hamas di Qatar sebagai tidak bijak dalam panggilan telefon tegang selepas insiden berlaku.
  • Netanyahu pertahan tindakan: Netanyahu menjelaskan bahawa beliau bertindak dalam tempoh singkat dan mengambil peluang yang ada untuk melancarkan serangan.
  • Kecaman antarabangsa meningkat: Serangan yang mengorbankan enam individu mencetuskan kecaman global, termasuk dari PBB, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.


Lapor Wall Street Journal. yang memetik pegawai kanan pentadbiran yang tidak dinamakan, kenyataan tersebut dibuat oleh Trump dalam satu panggilan telefon yang disifatkan tegang pada Selepas, selepas serangan dilancarkan.

Netanyahu dilaporkan menjawab bahawa beliau hanya mempunyai tempoh masa yang singkat untuk melancarkan serangan tersebut dan mengambil peluang yang ada.

Bagaimanapun, panggilan kedua antara kedua-dua pemimpin pada hari yang sama berlangsung dalam suasana lebih mesra, yang mana Trump bertanya sama ada serangan itu berjaya.

Serangan udara Israel pada 9 September lalu menyasarkan pejabat kepimpinan Hamas di Doha, Qatar, ketika rundingan gencatan senjata Gaza sedang berlangsung.

Sekurang-kurangnya enam individu terbunuh, termasuk anak kepada pemimpin Hamas dan seorang anggota keselamatan Qatar.

Sementara itu, serangan Israel terhadap Qatar itu turut mencetuskan kecaman antarabangsa, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.





#Benjamin Netanyahu #Donald Trump #serangan udara #Qatar