INTERNATIONAL
Serangan Israel: Penduduk Gaza berkumpul di hospital Al-Ahli Arab
Penduduk Gaza berkumpul di hospital Al-Ahli Arab Baptist di bandar Gaza untuk menatap wajah ahli keluarga dan kenalan yang terkorban buat kali terakhir akibat serangan Israel pada Rabu. - Reuters
GAZA: Penduduk Gaza berkumpul di hospital Al-Ahli Arab Baptist di bandar Gaza untuk menatap wajah ahli keluarga dan kenalan yang terkorban buat kali terakhir akibat serangan Israel pada Rabu.
Ini kerana, Israel terus menggila apabila menyambung semula serangan udara besar-besaran di seluruh Gaza pada Selasa lalu, diikuti operasi darat selepas rundingan bagi melanjutkan gencatan senjata dengan Hamas menemui jalan buntu.
"Kesemua mereka adalah kanak-kanak yang tidak bersalah, dikejutkan secara tiba-tiba oleh pesawat Israel pada tengah malam ketika mereka sedang tidur, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak, wanita dan orang yang tidak bersalah. Cukuplah Allah bagi kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung urusan kami.
"Kami menyeru masyarakat antarabangsa, negara-negara Arab, perantara, dan pihak berkaitan untuk menghentikan penjajahan ini. Mereka (Israel) membunuh orang yang tidak bersalah dengan alasan memerangi penentangan dan Hamas," katanya.
Dalam pada itu, tentera rejim Zionis mengarahkan pemindahan baharu bagi kawasan utara Gaza ketika operasi pengeboman dan serangan di wilayah Palestin terus berlanjutan.
Sementara itu, serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza telah mengorbankan lebih 50,000 rakyat Palestin.