Serangan ke atas bangunan di Gaza dirakam secara langsung

Astro Awani
Oktober 9, 2023 00:15 MYT
Ketika serangan berlaku, penyampai berita Al-Jazeera sedang berlintas langsung bersama koresponden Youmna El-Sayed.
GAZA: Kezaliman Israel melancarkan perang ke atas Palestin berjaya dirakamkan secara langsung.
Detik serangan Israel yang mengenai bangunan di Gaza itu berjaya disiarkan dalam siaran berita yang bersiaran secara langsung.
Ketika serangan berlaku, penyampai berita Al-Jazeera sedang berlintas langsung bersama koresponden Youmna El-Sayed.
Serangan berlaku beberapa saat selepas lintas langsung itu dan berterusan semasa penyampai berita bersiaran bersama koresponden Al-Jazeera berkenaan.

From the News JUST IN: Terrifying moment caught on camera as a residential building in Gaza city is struck during a live interview with Al Jazeera reporter Youmna El-Sayed. The building was later decimated.#Israel #IsraelPalestineWar pic.twitter.com/dneNw6MbFQ

— Web4.0.eth (@Audis413) October 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Putaran keganasan Israel ke atas Palestin kali ini amat dahsyat dengan serangan dilakukan bertubi-tubi dari darat dan udara.
Malah, Israel turut berikrar untuk menjadikan Gaza padang jarak padang terkukur apabila membuat serangan balas tindakan pejuang Hamas dan Briged al-Qassam ke atas mereka.
#rejim Zionis #Palestin #serangan udara #siaran berita