INTERNATIONAL

Serangan ke atas hospital jelas pamer niat Israel lakukan genosid - Pejabat Media Gaza

Astro Awani 19/05/2025 | 11:30 MYT
Keadaan Hospital Al-Ahli Arab Baptist yang diserang Israel pada 13 April 2025. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Pejabat media kerajaan Gaza menuduh tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai harian sebagai sebahagian daripada dasar sistematik untuk melakukan genosid.


Ringkasan AI
  • Pejabat media kerajaan Gaza menuduh Israel menjalankan pembunuhan beramai-ramai harian sebagai sebahagian daripada dasar genosid yang sistematik, terutama melalui serangan ke atas fasiliti perubatan.
  • Serangan ini dikatakan bertujuan meningkatkan kematian dan menghalang rawatan perubatan, menunjukkan niat yang disengajakan untuk melakukan genosid.
  • Gaza turut mengecam sekutu Israel seperti AS, UK, Jerman, dan Perancis sebagai bersubahat, serta menggesa PBB dan organisasi hak asasi bertindak segera menghentikan genosid tersebut.


Dalam satu kenyataan, pejabat itu menyatakan bahawa serangan berterusan ke atas fasiliti perubatan jelas bertujuan meningkatkan jumlah kematian serta menghalang mangsa daripada menerima rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa.

“Tindakan yang begitu kejam ini pastinya tidak diragui lagi akan niat pendudukan untuk melakukan genosid yang terancang,” menurut kenyataan itu.

Pejabat media Gaza turut menyelar sekutu Israel di peringkat global, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis, sebagai bersubahat serta menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi antarabangsa mengambil tindakan segera untuk menghentikan genosid ini.

“Sejarah tidak akan melupakan, dan hati nurani dunia kini menghadapi ujian kritikal: sama ada ia berdiri teguh atas kebenaran, keadilan, dan kemanusiaan – atau ia tercatat dalam lembaran kehinaan dan persekongkolan,” ujar kenyataan tersebut.








#Gaza #pembunuhan beramai-ramai #genosid #fasiliti perubatan #Hospital