awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ke atas ibu pejabat Bulan Sabit Merah di Gaza ragut nyawa petugas

Bernama
Bernama
03/08/2025
08:40 MYT
Serangan ke atas ibu pejabat Bulan Sabit Merah di Gaza ragut nyawa petugas
Serangan udara Israel menyasarkan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Khan Younis, Gaza awal pagi Ahad, mengorbankan seorang petugas dan mencederakan tiga yang lain. -Foto X @swilkinsonbc
ANKARA: Serangan udara Israel menyasarkan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Khan Younis, Gaza awal pagi Ahad, mengorbankan seorang petugas dan mencederakan tiga yang lain, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pertubuhan itu.

Ringkasan AI
  • Serangan udara Israel menyasarkan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Khan Younis, Gaza, mengorbankan seorang petugas dan mencederakan tiga yang lain.
  • Serangan berlaku ketika Gaza berdepan krisis kebuluran, dengan halangan akses bantuan dan sistem makanan tempatan yang runtuh.
  • Israel terus menolak gesaan gencatan senjata walaupun berdepan waran tangkap ICC dan kes genosid di ICJ, dengan lebih 60,400 rakyat Palestin terbunuh sejak Oktober 2023.

Serangan mengenai tingkat pertama bangunan, menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar, menurut kenyataan itu.
Serangan berlaku selepas utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff melawat Gaza bagi meninjau usaha membawa masuk bekalan makanan ke wilayah Palestin yang musnah teruk, ketika jumlah kematian akibat kebuluran terus meningkat sejak beberapa hari lalu.
"Gaza kini berada di ambang kebuluran besar-besaran. Penduduk sedang kebuluran bukan kerana makanan tiada, tetapi kerana akses dihalang.
"Sistem makanan tempatan runtuh dan keluarga tidak lagi mampu menampung keperluan asas untuk hidup," menurut Ketua Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Qu Dongyu.
Gaza is now on the brink of a full-scale famine. We urgently need safe and sustained humanitarian access and immediate support to restore local food production and livelihoods. The #RightToFood is a basic human right. #4Betters https://t.co/HuMgLhyFsp
— FAO Director-General QU Dongyu (@FAODG) July 29, 2025
Tentera Israel terus menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata dan membunuh lebih 60,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak Oktober 2023.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang yang dilancarkan ke atas wilayah terkepung itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#serangan udara
#Israel
#ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan