[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Serangan ke atas Iran: Arab Saudi seru redakan ketegangan, kutuk serangan

Astro Awani 22/06/2025 | 08:13 MYT
Riyadh juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk mempergiatkan usaha ke arah penyelesaian politik kepada krisis tersebut. - Foto/Reuters
KERAJAAN Arab Saudi menyatakan kebimbangan mendalam terhadap perkembangan terkini di Iran susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan kemudahan nuklear negara itu.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di X, Kementerian Luar Negeri Arab Saudi menyeru semua pihak agar mengekang diri dan meredakan ketegangan yang semakin memuncak di rantau tersebut.
"Kerajaan menekankan bahawa segala usaha perlu diambil untuk mengekang ketegangan, meredakan situasi dan mengelakkan peningkatan konflik yang boleh mengancam kestabilan serantau,” kata kementerian itu pada Ahad.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kementerian itu menambah, Kerajaan Arab Saudi mengulangi pendiriannya, dengan mengecam dan mengutuk pencabulan kedaulatan Iran oleh kuasa luar.
Riyadh juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk mempergiat usaha ke arah penyelesaian politik kepada krisis tersebut, selain membuka lembaran baharu ke arah mewujudkan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan.
#Serangan ke atas Iran #Arab Saudi kutuk serangan #Konflik Iran-Israel #Perang Dunia Ketiga