[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Serangan AS ke atas tapak nuklear Iran tidak lepaskan radiasi - Badan pemantau

Bernama 22/06/2025 | 13:49 MYT
Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan. - X @jacksonhinklle
VIENNA: Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit, menurut penilaian awal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran - termasuk Fordow - IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan," kata badan pemantau antarabangsa itu pada awal pagi di platform X.
Agensi itu memaklumkan penilaian lanjut mengenai situasi di Iran akan diberikan sebaik sahaja maklumat tambahan diperoleh.
Amerika Syarikat menyokong kempen Israel untuk memusnahkan keupayaan nuklear Iran dalam serangan pada waktu malam dan menyerang tiga kemudahan nuklear, termasuk fasiliti pengayaan uranium bawah tanah yang berkubu di Fordow.
-- BERNAMA
#serangan AS #Amerika Syarikat #kemudahan nuklear #Iran #radiasi #IAEA