Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya - Ketua PBB

Guterres menekankan kepentingan menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB, selain melahirkan kebimbangan bahawa norma undang-undang asas mungkin tidak dipatuhi. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu melahirkan kebimbangan berhubung tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela, sambil memberi amaran bahawa ketegangan itu boleh memberi implikasi serius kepada rantau berkenaan dan orde antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan ketenteraan AS di Venezuela, menyatakan implikasi serius yang mungkin timbul kepada rantau tersebut.
- Guterres menekankan perlunya menghormati undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB, dan menggesa dialog inklusif serta penghargaan terhadap hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang untuk penyelesaian krisis di Venezuela.
- Presiden AS, Donald Trump, mengesahkan serangan "skala besar" terhadap Venezuela, mendakwa penahanan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya serta menyebabkan Venezuela mengisytiharkan darurat nasional.
Guterres menekankan kepentingan menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB, selain melahirkan kebimbangan bahawa norma undang-undang asas mungkin tidak dipatuhi.
Beliau menggesa semua pihak di Venezuela untuk terlibat dalam "dialog inklusif" serta mendesak agar hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang dihormati sebagai jalan penyelesaian krisis secara aman.
Presiden AS Donald Trump mengesahkan serangan "skala besar" itu menerusi platform media sosial miliknya, Truth Social, dengan mendakwa bahawa Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya telah ditahan serta diterbangkan keluar dari negara berkenaan.
Venezuela memaklumkan bahawa AS menyerang pepasangan awam dan tentera di beberapa negeri serta mengisytiharkan darurat nasional. Menteri Luar Yvan Gil mengumumkan bahawa Venezuela telah meminta mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan susulan serangan itu.
Peguam Negara AS Pam Bondi berkata Maduro dan isterinya telah didakwa di New York.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


