INTERNATIONAL

Serangan London: Trump ulangi pendirian berhubung sekatan perjalanan

Agensi 04/06/2017 | 03:51 MYT
Trump mengulagi pendiriannya berhubung sekatan perjalanan sebagai satu idea yang baik berupa tambahan kepada kawalan keselamatan sedia ada. -Gambar fail/Reuters
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan kesediaan AS memberi bantuan kepada Britain susulan serangan di London.
Dalam kemas kini status di akaun Twitter, Trump mengulagi pendiriannya berhubung sekatan perjalanan sebagai satu idea yang baik berupa tambahan kepada kawalan keselamatan sedia ada.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mahkamah perlu mengembalikan hak kita. Kita perlukan sekatan perjalanan sebagai langkah kawalan keselamatan tambahan," tulis Trump.
Amerika Syarikat menyelar serangan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai serangan bacul terhadap orang ramai, dan mengulangi tawaran bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada Britain.
#bantuan kepada Britain #Donald Trump #kawalan keselamatan tambahan #London #sekatan perjalanan #serangan #serangan di london