awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan pengganas di Moscow: Semua rakyat Malaysia selamat

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2024
08:35 MYT
Serangan pengganas di Moscow: Semua rakyat Malaysia selamat
Pada Jumaat, serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang maut dan 145 mangsa cedera. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia mengesahkan semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di negara itu selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, pada Jumaat.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi.
"Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha yang bersepadu di peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah kenyataan itu, Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan berkenaan.
Pada Jumaat, serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang maut dan 145 mangsa cedera.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#serangan pengganas
#Moscow
#tembakan rambang'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan