awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan pengganas: Turki tingkatkan operasi tentera banteras PKK

Bernama
Bernama
02/10/2023
05:55 MYT
Serangan pengganas: Turki tingkatkan operasi tentera banteras PKK
Pada Ahad, dua pengganas telah melancarkan serangan berhampiran bangunan kementerian di Ankara, dengan seorang pengganas meletupkan dirinya dan seorang lagi ditahan. - Gambar/ AP
ANKARA: Tentera Turki akan meningkatkan operasi ketenteraan di utara Iraq dan Syria bagi membanteras kegiatan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di negara itu, susulan insiden serangan pengganas di Ankara, lapor Sputnik memetik sumber.
Pada Ahad, Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya berkata dua pengganas telah melancarkan serangan berhampiran bangunan kementerian di Ankara, dengan seorang pengganas meletupkan dirinya dan seorang lagi ditahan.
Dua pegawai polis cedera dalam kejadian itu.
Media Turki melaporkan PKK mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Kementerian Pertahanan Turki berkata tentera telah melancarkan serangan udara terhadap kedudukan PKK di utara Iraq.
"Semalam, ketika bercakap di Parlimen, Presiden (Recep Tayyip Erdogan) memberi amaran bahawa perjuangan akan diteruskan sehingga semua pengganas dapat dihapuskan dan percubaan menyedihkan ini (serangan pengganas) merupakan tindakan terakhir mereka.
"Operasi ketenteraan askar kita akan menjadi lebih keras dan tegas. Turki tidak akan menjadi tebusan kepada pengganas," kata sumber itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turki
#serangan pengganas
#pengebom bunuh diri
#PKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan