awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan siber di hospital terkemuka India

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2022
00:20 MYT
Serangan siber di hospital terkemuka India
Pesakit warga emas menunggu di luar perkarangan Institut Sains Perubatan All India terbabit selepas serangan siber melumpuhkan operasi hospital tersebut. - Foto AP
NEW DELHI: Hospital terkemuka di ibu negara India kembali pulih pada Rabu susulan serangan siber yang melumpuhkan operasinya selama hampir dua minggu.
Pendaftaran dalam talian pesakit disambung semula selepas Institut Sains Perubatan All India dapat mengakses pelayannya dan memulihkan data yang hilang.
Dalam kejadian serangan siber itu, pekerja penjagaan kesihatan tidak dapat mengakses laporan pesakit kerana pelayan yang menyimpan data makmal dan rekod pesakit telah digodam serta rosak.
Kata penyelidik dengan Pergerakan Perisian Percuma India, Srinivas Kodali, jika sistem dimatikan, maka semua operasi di hospital akan terhenti.
Hospital biasanya merawat ribuan orang sehari, kebanyakan mereka datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan.
Serangan siber itu telah menyebabkan berlaku kekecohan di hospital berikutan operasi rawatannya yang terganggu.
Bagaimanapun tidak jelas siapa yang melakukan serangan pada 23 November lalu ke atas hospital itu.
Topic Berkaitan
#serangan siber
#Institut Sains Perubatan All India
#Srinivas Kodali
#kekecohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan