awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan siber jejas perkhidmatan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Ukraine

Bernama
Bernama
13/12/2023
03:45 MYT
Serangan siber jejas perkhidmatan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Ukraine
Perkhidmatan Keselamatan Ukraine memaklumkan bahawa pihaknya telah memulakan prosiding jenayah terhadap serangan siber itu. - Gambar hiasan
KYIV: Serangan siber besar-besaran menyebabkan perkhidmatan komunikasi dan jaringan internet pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Ukraine, Kyivstar mengalami gangguan di seluruh negara pada Selasa.
Perkhidmatan Keselamatan Ukraine dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah memulakan prosiding jenayah terhadap serangan itu.
Presiden Kyivstar, Oleksandr Komarov, berkata sebahagian infrastruktur IT milik syarikat itu musnah akibat serangan terbabit, lapor Xinhua memetik media Economichna Pravda.
Serangan itu turut menjejaskan operasi mesin ATM dan pos-terminal di Ukraine selain turut menjejaskan operasi sistem amaran serangan udara di lebih 75 penempatan di wilayah Kyiv.
Kyivstar menyediakan perkhidmatan kepada lebih 24 juta pelanggan telefon mudah alih dan lebih satu juta pelanggan internet kediaman di Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#serangan siber
#Kyivstar
#perkhidmatan komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan