BANDAR GAZA: Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain dalam serangan udara lewat Ahad yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
"Tiga syahid dan yang lain cedera dibawa ke Hospital Al-Awda akibat serangan udara Israel di rumah keluarga Arab di barat laut kem pelarian Nuseirat," kata sumber perubatan kepada koresponden Agensi Anadolu.
Wartawan itu berkata pengeboman berterusan ke atas kem berkenaan menyasarkan Masjid Hassan al-Banna di kem baharu di barat Nuseirat, mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya.
Buat kali kedua, artileri Israel membedil menara Masjid Al-Qassam yang musnah di kem itu tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut koresponden itu.
Beliau juga melaporkan bahawa pesawat perang Israel menembak dua peluru berpandu di kawasan Al-Mufti di kem Nuseirat, menyebabkan kawah yang dalam.
Sejak hari kedua perayaan Aidilfitri lepas (Khamis), tentera Israel meneruskan serangan sengit ke atas kem Nuseirat.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, setakat ini mengorbankan lebih 33,700 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 76,400 orang menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Runtuhan yang berlaku selepas serangan udara Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. -Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Israel-Hezbollah bertukar tuduhan pelanggaran gencatan
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kemudahan Hezbollah yang dipercayai menyimpan roket jarak sederhana di selatan Lubnan.
17 terbunuh, Israel bom pusat perlindungan, rumah di Gaza
Serangan udara juga menyebabkan tiga individu terbunuh berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
AS tutup kedutaan di Kyiv susulan kebimbangan serangan udara Rusia
Kedutaan itu turut mengesyorkan warga AS di Kyiv supaya "bersiap sedia untuk segera berlindung jika peringatan serangan udara diumumkan".
Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan
Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.
Lebih 18,000 rakyat Lubnan masuk ke Iraq susulan serangan Israel
Kemasukan itu berikutan arahan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia Al-Sudani untuk membenarkan kemasukan tanpa visa bagi rakyat Lubnan.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.