awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2025
01:45 MYT
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Tahun 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad. - Foto AP
SEBAHAGIAN besar daripada 11 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat antara 24 hingga 30 Disember lalu adalah akibat serangan udara Israel.
Menurut laporan terkini Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, dua wanita dan dua kanak-kanak termasuk dalam kalangan mereka yang terbunuh.
Sementara hampir 50 orang lain cedera, termasuk 19 kanak-kanak dan empat wanita.
Insiden itu sekaligus mencerminkan penggunaan kekerasan melampau oleh Israel di wilayah itu.
Jelas OCHA, lapan daripada 11 mangsa maut dalam serangan udara Israel.
Selain itu perkhidmatan asas seperti pendidikan, air dan kesihatan di kem pelarian Jenin terjejas hampir sebulan susulan operasi berterusan oleh pihak berkuasa Palestin.
Di kem pelarian Tulkarem dan Nur Shams, operasi ketenteraan dua hari Israel telah merosakkan lebih 1,000 unit rumah.
Tindakan itu sekaligus menyebabkan 94 individu daripada 21 keluarga kehilangan tempat tinggal.
Laporan turut mendedahkan tahun 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Kira-kira 4,250 penduduk dilaporkan kehilangan rumah dan 1,760 infrastruktur dimusnahkan.
Selain itu, sebanyak 1,400 insiden melibatkan peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki juga direkodkan sepanjang tahun lalu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#OCHA
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan