awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Israel ragut 12 nyawa orang awam di Gaza

Bernama
Bernama
25/06/2025
12:45 MYT
Serangan udara Israel ragut 12 nyawa orang awam di Gaza
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera pada Rabu apabila tentera Israel meningkatkan pengeboman ke atas pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera pada Rabu apabila tentera Israel meningkatkan pengeboman ke atas pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk timur dan barat Bandar Gaza serta bandar Bani Suheila di timur Khan Younis.
Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan satu keluarga terdiri daripada suami isteri dan lima orang anak mereka terkorban dalam satu serangan udara yang menyasarkan kawasan Al-Shawa di kejiranan Shujaiya, Bandar Gaza. Beberapa individu lain turut cedera dalam serangan yang sama.
Lima lagi orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam serangan berasingan oleh Israel yang menyasarkan sekumpulan orang berhampiran Kolej Latihan di barat Bandar Gaza.
Di selatan Gaza, seorang rakyat Palestin terkorban selepas serangan udara Israel di Bani Suheila, timur Khan Younis.
Sumber perubatan mengesahkan seramai 31 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak terkorban sejak awal pagi Rabu dalam siri serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza dengan puluhan lagi cedera.
Jumlah korban di Gaza kini meningkat kepada 56,077 orang dengan 131,848 cedera sejak permulaan pencerobohan Israel pada 7 Okt 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#rakyat Palestin
#terkorban
#serangan udara Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami