Serangan Yountville: Suspek tembak mati tiga petugas merupakan bekas pesakit

Agensi
Mac 11, 2018 02:25 MYT
Pusat perlindungan berkenaan menyediakan khidmat kesihatan mental kepada veteran perang Amerika Syarikat (AS) yang pernah ditugaskan di Iraq dan Afghanistan. - Foto AP
Lelaki yang membunuh tiga kakitangan wanita di pusat perlindungan veteran perang di Nape Valley, California merupakan bekas pesakit pusat berkenaan.
Menurut polis, suspek yang mati di tempat kejadian itu dikenali sebagai Albert Wong berusia 36 tahun.
Pihak polis bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti motif suspek.
Pusat perlindungan berkenaan menyediakan khidmat kesihatan mental kepada veteran perang Amerika Syarikat (AS) yang pernah ditugaskan di Iraq dan Afghanistan.
Wong ,bekas penembak tentera AS meninggalkan pusat berkenaan bagi merawat masalah gangguan stres pasca trauma (PTSD) yang dialaminya.
Dia dikatakan memasuki premis berkenaan ketika sekumpulan petugas sedang mengadakan sambutan meraikan persaraan rakan-rakan mereka.
BACA: Tiga tebusan wanita di rumah orang tua di Yountville, Amerika Syarikat mati
BACA: Sekurang-kurangnya tiga tebusan ditahan lelaki bersenjata di Amerika Syarikat
Media tempatan melaporkan, Wong pernah bertugas selama setahun di Afghanistan dan telah dianugerahkan empat pingat.
Petugas yang maut ialah Pengarah Klinikal, Jeniffer Golick, 42, Pengarah Eksekutif, Christine Loeber, 48, dan pakar psikologi klinikal Jennifer Gonzales, 29.
#Albert Wong #PTSD #tebusan #tembak mati #veteran perang