awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuan Israel di Jenin sebabkan kemusnahan dahsyat

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2024
00:15 MYT
Serbuan Israel di Jenin sebabkan kemusnahan dahsyat
Berpuluh-puluh rumah diserbu sehingga menyebabkan barang-barang di dalamnya dimusnahkan atau rosak. - Foto REUTERS
JENIN: Rejim Zionis dilaporkan telah berundur dari bandar Jenin di Tebing Barat, selepas mengakibatkan kemusnahan dahsyat susulan beberapa siri serbuan dilakukan ke atas kawasan itu.
Menurut laporan agensi berita WAFA, serbuan yang berlangsung hampir 15 jam itu turut memusnahkan infrastruktur yang telah diperbaiki penduduk.
WAFA yang memetik kenyataan Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Jenin, Bashir Matahin menyebut, ia adalah susulan kemusnahan yang disebabkan oleh serangan maut terakhir di Jenin yang berlangsung selama 10 hari.
Tambah Matahin, kesemua jentolak milik rejim juga memusnahkan beberapa infrastruktur lain sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
Saluran air utama yang menuju ke hospital kerajaan Jenin juga telah dimusnahkan, begitu juga dengan jalan-jalan di kawasan jalan Masjid Khalid Bin Al-Walid serta dinding rumah-rumah dan tanah perkuburan di kawasan timur.
Berpuluh-puluh rumah diserbu sehingga menyebabkan barang-barang di dalamnya dimusnahkan atau rosak.
Kekejaman itu juga menyaksikan rumah seorang pemuda Palestin diletupkan.
Topic Berkaitan
#serbuan
#Israel
#Gaza
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan