awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sering buat panggilan lucah, lelaki dipukul dua beranak hingga mati

Agensi
Agensi
21/10/2020
23:38 MYT
Sering buat panggilan lucah, lelaki dipukul dua beranak hingga mati
Perbalahan berlaku dan kedua-dua wanita tersebut mengikat lelaki itu ke sebatang pokok dan memukulnya dengan kayu. - Gambar Hiasan
COIMBATORE:Seorang lelaki maut dipukul dua wanita selepas didakwa kerap membuat panggilan lucah.
Suspek yang merupakan seorang ibu berusia 50 tahun didakwa memukul lelaki itu setelah mangsa sering mengganggu dan anak perempuannya yang berusia 32 tahun, lapor Times Of India.
Polis dalam satu kenyataan berkata suspek kedua iaitu anak perempuan wanita tersebut menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali baru-baru ini.
“Dia menjawab panggilan itu dan memberitahu lelaki itu supaya tidak telefon lagi,” kata polis.
Walau bagaimanapun, lelaki itu berterusan menelefonnya dan bercakap menggunakan kata-kata lucah.
“Dhanalakshmi (anak kepada wanita itu) merakam panggilan itu dan memberitahu ibunya,” tambahnya.
Dalam usaha mengenal pasti lelaki itu, mereka mengundangnya ke rumah.
Ketika lelaki itu muncul, perbalahan berlaku dan kemudian kedua-dua wanita itu mengikat lelaki itu ke sebatang pokok dan memukulnya dengan kayu.
Lelaki itu mengalami kecederaan parah di kaki, muka, kepala dan mulutnya.
Ibu dan anak itu kemudian membuang lelaki itu di landasan kereta api dalam usaha menghapuskan bukti.
Orang awam di sekitar kawasan itu yang melihat kejadian itu terus melaporkannya kepada polis.
Menurut seorang pegawai polis, lelaki itu sempat berjalan beberapa meter sebelum rebah dan mati di jalan raya.
Kedua-dua wanita itu sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#panggilan lucah
#ibu dan anak perempuan
#lelaki maut dipukul
#kata-kata lucah
#landasan kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan