DUNIA
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Serpihan besar dipercayai milik pesawat ATR 42-500 yang hilang ditemui di Bukit Bulusaraung, Sulawesi Selatan, termasuk bahagian fiuslaj dan ekor pesawat. -Facebook
JAKARTA: Serpihan besar dipercayai milik pesawat ATR 42‑500 yang dilaporkan hilang semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Bukit Bulusaraung, Maros, Sulawesi Selatan pada pagi Ahad.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Operasi SAR Makassar, Andi Sultan, berkata serpihan yang dipercayai bahagian fiuslaj dan ekor pesawat berdaftar PK‑THT itu ditemukan jam 7.49 pagi waktu tempatan pada cerun selatan kawasan berbukit, berhampiran lokasi pesawat itu kali terakhir dikesan sebelum hilang hubungan.
Beliau berkata komponen yang ditemui termasuk bahagian fiuslaj bersaiz besar serta beberapa panel struktur yang dipercayai terlerai akibat impak.
Bagaimanapun, usaha pasukan untuk turun ke lokasi berdepan kesukaran berikutan rupa bumi yang curam selain cuaca tidak menentu termasuk kabus tebal.
Pesawat dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar yang dikendalikan Indonesia Air Transport (IAT) itu dilapor membawa tujuh kru dan tiga penumpang ketika terputus komunikasi dengan kawalan trafik udara sekitar tengah hari semalam.
Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia mengesahkan pesawat itu adalah pesawat rondaan milik kementerian, dan tiga pegawai mereka berada di dalamnya untuk tugasan pemantauan udara berkaitan keselamatan sumber perikanan negara.
Menurut Andi, lebih 500 anggota SAR kini bersiap siaga untuk membantu operasi evakuasi, namun laluan ke kawasan serpihan memerlukan penilaian risiko terperinci sebelum pasukan dapat bergerak lebih dekat.
Setakat ini, status semua 10 individu dalam pesawat itu masih belum dapat dipastikan.
Operasi SAR diteruskan secara bersepadu melibatkan Basarnas, TNI, polis, AirNav serta bantuan masyarakat setempat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Serpihan besar dipercayai milik pesawat ATR 42-500 yang hilang ditemui di Bukit Bulusaraung, Sulawesi Selatan, termasuk bahagian fiuslaj dan ekor pesawat.
- Usaha SAR menghadapi kesukaran turun ke lokasi serpihan disebabkan cuaca tidak menentu dan rupa bumi curam.
- Pesawat tersebut membawa tujuh kru dan tiga penumpang, termasuk pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia, namun status keselamatan mereka masih tidak pasti.
Ketua Operasi SAR Makassar, Andi Sultan, berkata serpihan yang dipercayai bahagian fiuslaj dan ekor pesawat berdaftar PK‑THT itu ditemukan jam 7.49 pagi waktu tempatan pada cerun selatan kawasan berbukit, berhampiran lokasi pesawat itu kali terakhir dikesan sebelum hilang hubungan.
Beliau berkata komponen yang ditemui termasuk bahagian fiuslaj bersaiz besar serta beberapa panel struktur yang dipercayai terlerai akibat impak.
Bagaimanapun, usaha pasukan untuk turun ke lokasi berdepan kesukaran berikutan rupa bumi yang curam selain cuaca tidak menentu termasuk kabus tebal.
Pesawat dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar yang dikendalikan Indonesia Air Transport (IAT) itu dilapor membawa tujuh kru dan tiga penumpang ketika terputus komunikasi dengan kawalan trafik udara sekitar tengah hari semalam.
Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia mengesahkan pesawat itu adalah pesawat rondaan milik kementerian, dan tiga pegawai mereka berada di dalamnya untuk tugasan pemantauan udara berkaitan keselamatan sumber perikanan negara.
Menurut Andi, lebih 500 anggota SAR kini bersiap siaga untuk membantu operasi evakuasi, namun laluan ke kawasan serpihan memerlukan penilaian risiko terperinci sebelum pasukan dapat bergerak lebih dekat.
Setakat ini, status semua 10 individu dalam pesawat itu masih belum dapat dipastikan.
Operasi SAR diteruskan secara bersepadu melibatkan Basarnas, TNI, polis, AirNav serta bantuan masyarakat setempat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Di manakah serpihan besar pesawat yang dilaporkan hilang ditemui?
A: Serpihan besar pesawat yang dilaporkan hilang ditemui di Bukit Bulusaraung, Maros, Sulawesi Selatan. - Q: Berapa jumlah kru dan penumpang yang dilaporkan berada dalam pesawat yang hilang?
A: Pesawat yang hilang dilaporkan membawa tujuh kru dan tiga penumpang. - Q: Apakah komponen pesawat yang ditemui oleh pasukan SAR?
A: Komponen pesawat yang ditemui termasuk bahagian fiuslaj bersaiz besar serta beberapa panel struktur yang dipercayai terlerai akibat impak. - Q: Siapakah pemilik pesawat yang hilang tersebut?
A: Pesawat yang hilang adalah pesawat rondaan milik Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. - Q: Berapa jumlah anggota SAR yang bersedia untuk membantu operasi evakuasi?
A: Lebih 500 anggota SAR kini bersiap siaga untuk membantu operasi evakuasi pesawat yang hilang tersebut.
#pesawat terhempas
#Bukit Bulusaraung Sulawesi Selatan
#fiuslaj dan ekor pesawat
#bangkai pesawat ditemukan
#ATR 42-500