Seorang penyiasat amatur dari Amerika telah menyerahkan serpihan yang dipercayai berasal daripada MH370 kepada penguatkuasa Australia pada hari Isnin dan beberapa serpihan telah mempunyai kesan terbakar, menimbulkan kemungkinan berlakunya kebakaran sewaktu di atas kapal.
Misteri menyelubungi nasib pesawat Malaysia Airlines MH370 semenjak kehilangannya pada 8 Mac, 2014 yang membawa 239 penumpang dan dan anak kapal sewaktu penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777 itu dipercayai telah terhempas di selatan Lautan Hindi selepas tersasar jauh dari laluan, namun lokasi berakhirnya pesawat tersebut belum dijumpai walaupun pencarian bawah air secara menyeluruh di pantai barat Australia dilaksanakan.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang melaksanakan pencarian tersebut berkata bahawa Blaine Gibson telah menyerahkan serpihan yang belum dikenalpasti pada hari Isnin.
“Kami masih mendapatkan nasihat daripada penguatkuasa Malaysia mengenai proses selanjutnya” kata jurucakap ATSB kepada AFP
Gibson merupakan seorang peguam daripada Seattle yang menjelajah dunia untuk menyelesaikan misteri MH370 telah memberitahu wartawan bahawa serpihan yang dihanyutkan ke Madagascar itu adalah panel dalaman pesawat tersebut.
Dahulu, beliau telah menyerahkan penemuan beliau kepada penguatkuasa dan telah membawa beberapa serpihan yang baru ditemui ke Australia untuk penyiasatan forensik.
“Tanda-tanda peleburan”
“Permukaan cat pada lapisan luar telah gosong dan hangus,” ujar beliau kepada Channel 7.
“Ia juga menunjukkan tanda-tanda peleburan ... seperti sesuatu yang telah terdedah kepada api”
“Serpihan itu adalah daripada bahagian dalam pesawat dan bukan kabin utama, mungkin dari tempat penyimpanan kargo atau ruang avionik.”
Gibson memberitahu Syarikat Penyiaran Australia bahawa serpihan itu mampu menjadi titik tolak penyelesaian kes ini sekiranya ia memang kepunyaan MH370.
“Salah satu daripada teori yang wujud adalah berlakunya kebakaran pada pesawat.” Beliau juga menambah bahawa tiada bukti kukuh yang boleh menyokong teori ini pada waktu itu.
Segala kos penerbangan dan pencarian pesawat ini ditanggung sendiri dan atas dasar kepentingan peribadi.
Serpihan itu telah diserahkan sewaktu lawatan sulit oleh lapan ahli keluarga daripada penumpang penerbangan tersebut bersama ATSB.
Ahli keluarga yang hadir dari China, Malaysia dan Indonesia telah dibawa untuk meninjau salah satu daripada bejana yang digunakan untuk pencarian serpihan di Barat Australia.
Canberra telah mengetuai pencarian besar-besaran bagi MH370 dalam lingkungan 120,000 kilometer persegi yang dijangka selesai pada Disember.
Namun pencarian bawah air masih tidak menemui apa apa serpihan daripada pesawat, menambahkan lagi sepekulasi bahawa lokasi terhempas berkemungkinan berada di luar kawasan pencarian.
Kawasan ini ditakrifkan dibawah kemungkinan yang tiada orang yang mengawal pesawat sewaktu pesawat kehabisan minyak.
Serpihan pertama yang dijumpai daripada pesawat Mh370 adalah bahagian pesawat sepanjang dua meter yang dikenali sebagai Flaperon – dijumpai terdampar di lautan Hindi-Perancis berdekatan Pulau Reunion pada Julai, 2015.
Semanjak penemuan itu, beberapa serpihan yang dikaitkan dengan pesawat tersebut telah dijumpai disepanjang pesisiran barat Lautan Hindi.
AFP
Tue Sep 13 2016
Penyiasat Amatur Amerika, Blaine Gibson bercakap kepada media selepas pertemuan bersama Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di Canberra pada hari Isnin - Foto dari AFP
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
ATSB sedang menyemak dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mengatakan mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh
Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara
Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.