awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesak nafas! India cadang insentif AS$12.4 bilion atasi pencemaran

Agensi
Agensi
16/02/2019
21:59 MYT
Sesak nafas! India cadang insentif AS$12.4 bilion atasi pencemaran
India berdepan dengan masalah pencemaran yang teruk akibat aktiviti industri. - Reuters
India mencadangkan insentif bernilai 885 bilion rupee (US$12.4 bilion atau RM50.65 bilion) untuk menggalakkan loji-loji jana kuasa memasang alat untuk mengawal pelepasan gas industri, seterusnya membangunkan infrastruktur bagi kenderaan elektrik.
Reuters melaporkan langkah itu diumumkan dalam kenyataan pihak kerajaan pada Jumaat.
Perbelanjaan sebesar itu akan digunakan untuk mengekang pelepasan sulfur dari loji-loji industri selain memulakan pembangunan infrastruktur kenderaan elektrik di 70 buah bandar dalam tempoh lima tahun, sehingga 2025.
Cadangan daripada Kementerian Tenaga kepada suruhanjaya kewangan India itu adalah sebagai langkah tambahan kepada cadangan sedia ada iaitu langkah pemasangan mekanisme untuk mengawal pelepasan asap tercemar.
Perancangan kementerian berkenaan dibuat berikutan sektor tenaga berdepan tekanan kewangan, akibat penstrukturan semula pinjaman oleh agensi peminjam kerajaan.
India sudahpun memanjangkan tempoh akhir pada Disember 2017, yang menetapkan agar semua kemudahan industri menepati piawaian standard, sehingga enam tahun lagi.
Pengeluar tenaga di negara itu ternyata masih bergelut dengan peraturan ketat daripada Kementerian Alam Sekitar sejak 2015 untuk mengurangkan pencemaran, hingga dikaitkan dengan masalah seperti penyakit paru-paru, hujan asid dan jerebu.
Syarikat-syarikat tenaga termal pula membentuk 80 peratus daripada semua pelepasan industri termasuk bahan partikel seperti sulfur dan nitrus oksida di India.
Sementara itu, insentif mengenai kenderaan kuasa elektrik merupakan sebahagian daripada usaha India untuk menggalakkan penjualan kenderaan elektrik yang lebih banyak, seiring dengan hasrat untuk menjadikan semua kenderaan menggunakan kuasa elektrik menjelang tahun 2030
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#Asap
#jana kuasa
#jerebu
#kesihatan
#loji tenaga
#pencemaran
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan