awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang

Bernama
Bernama
04/11/2024
20:45 MYT
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai tinggi kerajaan Thailand bagi membincangkan peranan negara itu dalam memperkukuhkan usaha penguatkuasaan undang-undang bersama ASEAN. - Gambar FB ASEAN
BANGKOK: Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Menurut kenyataan di laman sesawang ASEAN, Dr Kao dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai tinggi kerajaan Thailand bagi membincangkan peranan negara ini dalam memperkukuhkan usaha penguatkuasaan undang-undang bersama ASEAN terhadap jenayah rentas sempadan dan penyeludupan dadah.
Semasa lawatan itu, beliau juga akan berinteraksi dengan golongan belia tempatan, termasuk mereka yang berada di pusat tahanan, untuk menyokong perkembangan peribadi dan integrasi semula mereka ke dalam masyarakat.
Beliau dijangka menyampaikan syarahan khas bertajuk "Pendidikan untuk Kehidupan Lebih Baik: Memupuk Warga Berkualiti" bagi memberi inspirasi kepada para belia di Pusat Tahanan Remaja Pusat.
Dr Kao turut dijadualkan melawat Penjara Wanita Pusat untuk melihat usaha pemulihan dan pembetulan akhlak yang dijalankan Thailand ke arah membina masyarakat yang lebih selamat dan inklusif.
Lawatan ini mengukuhkan kerjasama ASEAN dalam penguatkuasaan undang-undang, keadilan, dan keselamatan, serta menekankan komitmen bersama terhadap pemerkasaan belia dan usaha pemulihan dalam kalangan komuniti ASEAN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pendidikan
#undang-undang
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan