DUNIA
Setiausaha Agung PBB desak pemimpin dunia fokus cari penyelesaian ketika krisis global
Guterres menekankan pelbagai krisis yang sedang melanda dunia, termasuk perpecahan geopolitik yang semakin melebar, konflik berterusan serta perubahan iklim. - Gambar fail Reuters
HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa menggesa pemimpin dunia supaya "lebih serius - dan menunaikan janji" menjelang Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-80 yang akan bermula di New York minggu depan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pada sidang media di ibu pejabat PBB menjelang minggu peringkat tinggi itu, Guterres menekankan pelbagai krisis yang sedang melanda dunia, termasuk perpecahan geopolitik yang semakin melebar, konflik berterusan serta perubahan iklim.
"Kita berkumpul dalam suasana bergelora, malah belum pernah dilalui sebelum ini," katanya sambil memberi amaran bahawa kerjasama antarabangsa kini berdepan tekanan yang tidak pernah disaksikan sepanjang hayat.
Guterres menegaskan, minggu itu menawarkan peluang penting untuk mengadakan "dialog dan pengantaraan," dengan hampir 150 ketua negara dan kerajaan dijangka hadir.
"Minggu PBB menawarkan segala ruang untuk dialog dan pengantaraan. Setiap peluang bagi mencari penyelesaian," katanya.
Antara keutamaan UNGA kali ini, termasuk keamanan di Semenanjung Gaza, Ukraine dan Sudan; usaha ke arah perdamaian adil dan berkekalan di Timur Tengah; tindakan terhadap perubahan iklim serta inovasi teknologi yang bertanggungjawab, katanya.
"Kita akan melancarkan Dialog Global mengenai tadbir urus AI bagi memastikan manusia berada di pusat perubahan teknologi dengan setiap negara turut terlibat," katanya.
Beliau turut menekankan hak wanita, pembiayaan pembangunan mampan serta usaha memperkukuh PBB.
"Zaman kita menuntut lebih daripada sekadar janji dan retorik. Ia menuntut kemajuan nyata dan tindakan susulan daripada pemimpin," tegas Guterres.
Perhimpunan Agung PBB ke-80 kali ini berlangsung dengan tema "Better together: 80 years and more for peace, development and human rights," di tengah ketegangan global serta desakan mendesak bagi penyelesaian multilateralisme yang berkesan.
-- BERNAMA