NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusan video sempena tahun baharu menggesa semua pihak merenungi cabaran dan ujian yang dihadapi tahun lalu serta berharap perpaduan yang lebih kukuh untuk tahun hadapan, lapor Xinhua.
"Tahun 2023 telah menjadi tahun penderitaan, keganasan dan perubahan iklim yang tidak menentu.
"Manusia menderita dan planet kita diancam bahaya. Tahun 2023 merupakan tahun terpanas yang pernah direkodkan," kata Guterres.
Ketua PBB itu turut menekankan bahawa kemiskinan dan kelaparan masih melanda penduduk dunia manakala konflik dan peperangan terus memuncak.
Guterres menyeru agar tidak saling menyalahkan dan mengelak daripada melakukan kekerasan kerana "menuding jari dan menggunakan senjata api tidak membawa sebarang faedah."
Beliau berharap 2024 akan menjadi tahun untuk "membina semula kepercayaan dan mengembalikan harapan."
"Kita mesti bersatu tanpa mengira perbezaan untuk penyelesaian bersama, termasuk mengambil tindakan tegas mengenai perubahan iklim, mencipta peluang ekonomi dan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil yang memberi faedah kepada semua," katanya.
Guterres juga menekankan keperluan untuk memerangi diskriminasi dan kebencian yang telah meregangkan hubungan antara pelbagai negara dan komuniti.
Ketua PBB itu turut mengesahkan komitmen tidak berbelah bahagi badan dunia berkenaan untuk menghimpunkan masyarakat global demi hak asasi manusia, perdamaian dan pembangunan mampan.
"Mari kita semua berazam untuk menjadikan 2024 sebagai tahun membina kepercayaan dan melakar harapan agar kita dapat bersama-sama menggapainya.
"Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada anda," kata ketua PBB itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
"Manusia menderita dan planet kita diancam bahaya. Tahun 2023 merupakan tahun terpanas yang pernah direkodkan," kata Guterres. - Gambar fail/Reuters
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Setahun Gaza berdarah: Setiausaha Agung PBB seru keamanan, keadilan
"Sudah tiba masanya untuk menghentikan pertempuran. Sudah tiba masanya untuk menghentikan penderitaan yang melanda rantau ini."
Menteri Luar Israel isytihar Guterres sebagai "persona non grata", larang masuk Israel
Menteri Luar Israel, Yisrael Katz mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebagai "persona non grata" di Israel dan melarangnya memasuki negara itu.
Ketua PBB seru multilateralisme ‘lebih inklusif’ untuk tangani cabaran
"Kita menyaksikan institusi multilateral kita semakin uzur - tidak mampu menangani cabaran masa kini, apatah lagi cabaran masa depan." - Antonio Guterres
Bekas Menteri Luar Australia dilantik Utusan Khas PBB ke Myanmar
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat melantik bekas Menteri Luar Australia Julie Bishop sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar.
Setiausaha Agung PBB kecam letupan sasar pasukan pengaman di Lubnan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam insiden letupan yang menyasarkan peronda dari Observer Group Lebanon (OGL).
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Fahmi ajak rakyat sertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka kepada Guterres
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin.
Setiausaha Agung PBB seru perpaduan sempena tahun baharu 2024
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam perutusan tahun baharu menggesa semua pihak merenungi cabaran dan ujian yang dihadapi tahun lalu.
Ketua PBB beri penghormatan kepada 136 kakitangan terbunuh di Gaza
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi penghormatan kepada kakitangannya yang terkorban dalam perang Gaza.