DUNIA
Setiausaha Negara AS Rubio gambarkan sidang kemuncak Alaska sangat produktif
Apabila ditanya mengenai rundingan itu, Marco Rubio menggambarkan pertemuan sebagai "sangat baik dan sangat produktif". - AP
MOSCOW: Sidang kemuncak antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Alaska dianggap "sangat produktif," kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio dalam kenyataan kepada wartawan VGTRK, Pavel Zarubin, di Telegram.
Apabila ditanya mengenai rundingan itu, Rubio menggambarkan pertemuan sebagai "sangat baik dan sangat produktif," lapor agensi berita TASS.
Pertemuan itu berlangsung pada 15 Ogos di sebuah pangkalan tentera di Alaska selama lebih tiga jam.
Kedua-dua pemimpin terlebih dahulu mengadakan perbincangan empat mata dalam sebuah kereta sebelum meneruskan rundingan tertutup bersama Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, Pembantu Kremlin Yury Ushakov, Setiausaha Negara Rubio serta Duta Khas Trump, Steve Witkoff.
Putin kemudian berkata perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan konflik Ukraine.
Beliau menyeru agar "membuka lembaran baharu" dalam hubungan dua hala dan menjemput Trump melawat Moscow.
Trump mengakui terdapat kemajuan namun menegaskan tidak semua isu berjaya diselesaikan.
Selepas kembali ke Washington, Trump menghubungi Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky melalui telefon, diikuti pemimpin Britain, Jerman, Itali, Poland, Finland dan Perancis, Setiausaha Agung NATO serta Presiden Suruhanjaya Eropah.
Zelensky kemudian memaklumkan beliau akan bertemu Trump di Washington pada 18 Ogos untuk membincangkan "butiran penamatan konflik."
Akhbar The New York Times melaporkan Trump turut menjemput pemimpin Eropah menyertai mesyuarat itu.
-- BERNAMA