Setiausaha Pertahanan Sri Lanka letak jawatan

Agensi
April 25, 2019 15:34 MYT
Hemasiri Fernando memberitahu, beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Maithripala Sirisena. - Facebook / Institute of National Security Studies
Setiausaha Pertahanan Sri Lanka melepaskan jawatannya atas dasar tanggungjawab terhadap kegagalan keselamatan hingga membawa kepada insiden pengeboman bunuh diri yang mengorbankan hampir 360 orang.
Hemasiri Fernando memberitahu, beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Maithripala Sirisena.
Beliau memberitahu presiden bahawa beliau menerima tanggungjawab itu dan meletak jawatan bagi membolehkan presiden membuat pelantikan baru.
Tambahnya, agensi keselamatan secara aktif bertindak balas terhadap semua serangan dan sedang berusaha mencari suspek serangan.
Serangan bom pada Ahad di gereja dan hotel mewah di sekitar Colombo membunuh sekurang-kurangnya 359 orang dan mencederakan 500 yang lain.
#Hemasiri Fernando #letak jawatan #Setiausaha Pertahanan Sri Lanka #tragedi Sri Lanka