awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheikhul Islam Thailand meninggal dunia pada usia 76 tahun

Bernama
Bernama
22/10/2023
11:30 MYT
Sheikhul Islam Thailand meninggal dunia pada usia 76 tahun
Jenazah Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon. - Gambar/ Pejabat Sheikhnul Islam
BANGKOK: Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.
Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham telah dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.
"Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.32 pagi (waktu tempatan) hari Ahad.
"Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin," menurut kenyataan itu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.
Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.
Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.
Dilahirkan pada 6 Mac 1947, Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sheikhnul Islam
#Thailand
#Aziz Phitakkumpon
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan