Shinzo Abe menang undi terbanyak, bakal jadi pemimpin Jepun paling lama berkuasa

Astro Awani
September 20, 2018 23:19 MYT
Shinzo Abe bercakap pada satu sidang media selepas memenangi undi terbanyak dalam pemilihan parti pada Khamis, di Tokyo, Jepun, 20 Sept, 2018. REUTERS
Perdana Menteri Shinzo Abe berjaya memenangi undi terbanyak kepemimpinan parti pemerintah, Liberal Democratic Party, yang meletakkan beliau pada posisi kuat menjadi pemimpin Jepun paling lama berkuasa.
Kejayaan pada Khamis itu turut merealisasikan impiannya untuk membuat pembaharuan perlembagaan.
Pada pemilihan kali ini, Abe, 63 tahun, berjaya memperoleh 553 undi berbanding 254 yang dimenangi bekas menteri pertahanan, Shigeru Ishiba.
Kemenangan itu memberi peluang kepada Abe, yang menjadi Perdana Menteri sejak Disember 2012, untuk memerintah Jepun tiga tahun lagi.
Ia juga memberi peluang kepada beliau untuk memecah rekod Taro Katsura, seorang ahli politik dihormati yang pernah berkhidmat sebagai pemimpin negara itu tiga kali, di antara 1901 dan 1913.
#Jepun #Liberal Democratic Party #menang #paling lama berkuasa #pemilihan parti #Perdana Menteri #Shinzo Abe #undi