Siapa perdana menteri baharu Israel?

Astro Awani
September 23, 2019 00:39 MYT
Benjamin Netanyahu gagal meraih majoriti besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu. -Gambar fail/Reuters
Tanda tanya siapa bakal memegang jawatan sebagai perdana menteri baharu Israel masih belum terjawab.
Bekas menteri pertahanan Avigdor Lieberman belum mencadangkan sebarang nama sebagai calon perdana menteri akan datang.
Perkembangan berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu gagal meraih majoriti besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu.
Tinjauan awal tiga stesen televisyen terbesar Israel sebelum ini menunjukkan undian kini berpihak kepada Parti Biru dan Putih di bawah pimpinan Benny Gantz dengan majoriti tipis.
Sementara itu, Presiden Israel, Reuven Rivlin dijangka mengadakan mesyuarat berasingan dengan semua parti politik. Ia bagi mendengar cadangan mengenai siapa yang layak dilantik sebagai perdana menteri.
Kehadiran parti politik berkenaan ke Pejabat Presiden adalah berdasarkan kepada keputusan semasa pilihan raya.
#Avigdor Lieberman #Benjamin Netanyahu #Benny Gantz #Israel #Pejabat Presiden #Presiden Israel #Reuven Rivlin