Skip to main content

Dunia

Siapa wakili Iran dalam rundingan di Switzerland?

Minister of Foreign Affairs of Iran, Seyyed Abbas Araghchi, centre, and Speaker of the Islamic Parliament of Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, left, at the Buergenstock resort in Obbuergen, near Lucerne, Switzerland, Sunday, June 20, 2026. URS FLUEELER/Pool via REUTERS
Lapor wartawan Al Jazeera, Resul Serdar Atas dari Tehran, ketua perunding ialah Mohammad Bagher Ghalibaf yang sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk komander tentera udara Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) untuk tempoh yang panjang. - Foto Reuters
Advertisement

DELEGASI Iran dalam rundingan di Switzerland yang berlangsung hari ini disifatkan sebagai sangat berprofil tinggi.

Lapor wartawan Al Jazeera, Resul Serdar Atas dari Tehran, ketua perunding ialah Mohammad Bagher Ghalibaf yang sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk komander tentera udara Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) untuk tempoh yang panjang.

Beliau kemudiannya menjadi ketua polis Iran, sebelum berkhidmat sebagai Datuk Bandar Tehran dari 2005 hingga 2017.

Sejak 2020, beliau berkhidmat sebagai Speaker Parlimen dan dikenali mempunyai hubungan rapat dengan IRGC.

Turut berada dalam delegasi ialah Menteri Luar Iran Abbas Araghchi, yang merupakan pegawai peringkat kedua tertinggi dalam delegasi dan dikenali mempunyai hubungan rapat dengan pejabat pemimpin tertinggi negara.

Seorang lagi anggota penting ialah Ali Bagheri Kani yang memainkan peranan utama dalam rundingan berkaitan fail nuklear Iran sepanjang dekad lalu. 

Pada 2021, beliau menjadi ketua perunding Iran semasa era Presiden Ebrahim Raisi.

Delegasi itu turut merangkumi Gabenor Bank Pusat Iran Central Bank of Iran, Abdolnaser Hemmati serta Timbalan Menteri Minyak Hamid Bour.

Komposisi delegasi itu disifatkan sebagai ketara kerana merangkumi pelbagai sektor termasuk diplomasi, keselamatan negara, pelepasan sekatan, perbankan dan tenaga, dengan semua wakil berada pada tahap jawatan yang sangat tinggi.

Sebagai konteks, delegasi Iran kini dilaporkan berada di Switzerland untuk menghadiri rundingan peringkat tinggi bagi membincangkan pengakhiran konflik dengan Amerika Syarikat (AS) dan serantau.

Must Watch Video

Advertisement