DUNIA
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
Trump menegaskan, Pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Fed) mesti memastikan kadar faedah kekal rendah dan tidak “berbeza pendapat” dengannya. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan, Pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Fed) mesti memastikan kadar faedah kekal rendah dan tidak “berbeza pendapat” dengannya.
Kenyataan itu dibuat pada Selasa ketika proses temu duga sedang berlangsung bagi menggantikan Jerome Powell yang bakal meninggalkan jawatan.
Powell sebelum ini tidak sehaluan dengan Trump berhubung pemotongan kadar faedah.
“Saya mahu Pengerusi Fed yang baharu menurunkan kadar faedah jika pasaran berjalan baik, bukan merosakkannya tanpa sebab,” tulis Trump dalam hantaran panjang di platform Truth Social.
“Amerika Syarikat sepatutnya diberi ganjaran atas KEJAYAAN, bukan dijatuhkan kerana itu. Sesiapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan menjadi Pengerusi Fed!”
Sejak kembali ke White House pada Februari, Trump kerap mendesak Fed – Bank Pusat AS – supaya menurunkan kadar faedah bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Beliau juga pernah mengugut untuk memecat Jerome Powell kerana enggan mengikut arahannya, malah menggelarnya dengan kata-kata yang kurang enak dan “kalah besar” secara terbuka.
Kenyataan Trump mengenai pengganti Powell menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan Fed daripada campur tangan politik – satu amalan lama di AS.
Fed telah menurunkan kadar faedah penanda aras sebanyak tiga kali tahun ini kepada sekitar 3.5 hingga 3.75 peratus pada pertengahan Disember.
Namun Trump sebelum ini mencadangkan kadar serendah 1 peratus.
Kadar faedah rendah menjadikan pinjaman lebih murah dan menggalakkan perbelanjaan, tetapi pemotongan mendadak boleh meningkatkan risiko inflasi.
Siapa pengganti Powell?
Menurut CNBC, calon utama termasuk bekas Pengarah Majlis Ekonomi Negara, Kevin Hassett, bekas Gabenor Fed, Kevin Warsh dan Gabenor Fed semasa, Christopher Waller.
Hassett minggu ini berkata, Fed perlu terus menurunkan kadar faedah walaupun data ekonomi terkini menunjukkan prestasi AS lebih baik daripada jangkaan.
Jabatan Perdagangan AS melaporkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.3 peratus bagi Julai hingga September, melebihi ramalan 3.2 peratus oleh penganalisis Dow Jones.
Ketua Pegawai Pelaburan Potomac River Capital, Mark Sandel berkata, Hassett dilihat calon paling kuat kerana hubungan rapatnya dengan Trump.
“Daripada semua calon, saya yakin Hassett yang paling hampir dengan Trump dan mampu meyakinkan beliau,” katanya sambil menambah Hassett mempunyai kebolehan “mengajar Trump tentang ekonomi dan mengangkat idea unik Trump.” - Agensi