RIYADH:Arab Saudi cadang inisiatif memperkukuh akses bagi menangani COVID-19 termasuk pengedaran alatan diagnostik dan vaksin serta memudahkan pembiayaan dana bagi persediaan pandemik.

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman memaklumkan negara anggota Kumpulan 20 (G20) turut menyuntik AS$11 trilion ke dalam ekonomi global bagi membantu perniagaan.

Ia termasuk inisiatif penggantungan perkhidmatan hutang.

“Dengan inisiatif penggantungan perkhidmatan hutang, kami menyediakan AS$14 bilion dalam pengecualian hutang kepada negara paling teruk terjejas, yang mempunyai populasi melebihi satu bilion.

“Kami juga melanjutkan inisiatif ini dan akan terus menilai situasi untuk memastikan sama ada lanjutan diperlukan lagi.

“AS$300 biliion juga sudah digerakkan menerusi bank pembangunan, IMF dan Bank Dunia yang kini bekerjasama dengan G20 untuk membantu negara berpendapatan rendah,” katanya.

Putera Mohammed Salman juga memaklumkan anggota G20 bersetuju melaksana beberapa inisitatif untuk membantu pemulihan ekonomi global.