awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak G20 bermula di Johannesburg dengan seruan memperkukuh multilateralisme

Bernama
Bernama
22/11/2025
23:15 MYT
Sidang Kemuncak G20 bermula di Johannesburg dengan seruan memperkukuh multilateralisme
Ramaphosa (depan, tengah, kanan) dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berjabat tangan ketika sesi bergambar ramai pada hari pembukaan Sidang Kemuncak Pemimpin G20 Johannesburg, Afrika Selatan, 22 Nov 2025. (Foto AP)
JOHANNESBURG: Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) bermula di sini pada Sabtu, merupakan kali pertama acara itu diadakan di benua Afrika, lapor Xinhua.
Bertemakan "Solidariti, Kesamaan dan Kemampanan", sidang kemuncak dua hari itu menjadi detik penting bagi Afrika ketika benua itu berusaha memperkukuh peranannya dalam tadbir urus global dan memajukan keutamaan pembangunan yang dikongsi negara-negara Selatan Global.
"G20 menegaskan nilai dan kepentingan multilateralisme. Ia mengakui bahawa cabaran yang kita hadapi hanya dapat ditangani melalui kerjasama, kolaborasi dan perkongsian," kata Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dalam ucapan pembukaan.
"Penerimaan deklarasi sidang kemuncak ini menghantar isyarat penting kepada dunia bahawa multilateralisme mampu memberikan hasil," kata Ramaphosa.
"Ia menunjukkan bahawa sebagai pemimpin G20, kita tetap berpegang kepada ikrar untuk tidak meninggalkan mana-mana individu, komuniti atau negara."
Sejak menyandang jawatan Presiden G20 tahun lepas, Afrika Selatan memberi tumpuan kepada isu kritikal bagi negara membangun. Empat keutamaannya ialah memperkukuh keupayaan tindak balas dan daya tahan bencana, mempromosikan kemampanan hutang bagi negara berpendapatan rendah, menggerakkan pembiayaan untuk peralihan tenaga yang adil, serta memanfaatkan mineral kritikal untuk pertumbuhan inklusif dan mampan.
"Sebagai anggota pengasas G20, Afrika Selatan berusaha memastikan keutamaan pembangunan negara-negara Selatan Global dan benua Afrika diperkukuh dan dimasukkan secara konsisten dalam agenda G20," kata Ramaphosa.
Pemerhati berkata sidang kemuncak di Johannesburg mencerminkan pengaruh global Afrika yang semakin meningkat serta jangkaan bahawa China dan negara-negara Selatan Global lain akan membantu membina konsensus lebih kukuh mengenai multilateralisme dan pembangunan terangkum.
Amerika Syarikat enggan menghadiri sidang kemuncak itu dan menyatakan akan menolak sebarang dokumen hasil sidang sebagai konsensus G20 tanpa persetujuannya.
Jurucakap Presiden Ramaphosa, Vincent Magwenya, memberitahu media bahawa "deklarasi sidang kemuncak telah diterima sebulat suara oleh para pemimpin di sini di Afrika Selatan".
Afrika Selatan mengambil alih jawatan Presiden bergilir G20 pada 1 Dis 2024, menjadi negara Afrika pertama memegang jawatan itu. Amerika Syarikat dijadual mengambil alih kepresidenan G20 pada 1 Dis 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak G20
#Cyril Ramaphosa
#Afrika Selatan
#Johannesburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan