Sidang Kemuncak G20: Suasana tegang antara Xi, Trudeau

Astro Awani
November 17, 2022 00:40 MYT
Kedua-dua pemimpin itu dirakam mengadakan perbincangan hangat menggunakan penterjemah di sidang kemuncak berkenaan. - Foto REUTERS
BALI: Presiden China Xi Jinping memarahi Perdana Menteri Kanada ketika menghadiri mesyuarat G20 selepas pemimpin muda itu didakwa membocorkan perbualan mereka kepada media.
Kedua-dua pemimpin itu dirakam mengadakan perbincangan hangat menggunakan penterjemah di sidang kemuncak berkenaan yang diadakan di Indonesia.
Xi ingin tahu bagaimana intipati perbualan mereka pada Selasa lepas diketahui media yang memetik sumber pegawai kerajaan Kanada.
"Semua yang kita bincangkan telah dibocorkan kepada media, itu tidak seharusnya berlaku.
"Jika ada kejujuran, kita boleh berkomunikasi dan saling hormat menghormati.
"Jika tidak, kesudahannya tidak mudah untuk diramal," kata Xi kepada Trudeau melalui penterjemah.

Chinese President Xi gave a dressing down to Canadian PM Trudeau for leaking every conversation to media at G20 pic.twitter.com/sdgpWT19xX

— Rishi Bagree (@rishibagree) November 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum Xi dapat meneruskan lagi Trudeau menghampirinya sambil mencelah, "Di Kanada, kami percaya pada dialog yang bebas, terbuka dan berterus terang.
"Kami akan teruskan kerjasama yang kita jalin selama ini namun akan ada beberapa percanggahan pendapat," katanya.
"Mari kita bentangkan peraturan itu dahulu," jawab Xi.
#Xi Jinping #Justin Trudeau #G20 #perbincangan hangat