DUNIA
Siklon tropika Nokaen tingkatkan risiko lahar berhampiran Gunung Berapi Mayon
PAGASA berkata Nokaen dijangka menjejaskan kawasan pantai timur selatan Luzon hujung minggu ini. - Foto X/Vortix
MANILA: Siklon tropika pertama tahun ini, Nokaen yang dikenali secara tempatan sebagai Ada, berpotensi mencetuskan lahar dan aliran sungai berlumpur di sekitar Gunung Berapi Mayon di Pulau Luzon, lapor Xinhua.
Biro cuaca negara, PAGASA, berkata Nokaen membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 65 kilometer sejam berhampiran pusat siklon tropika itu, dengan tiupan mencapai 80 kilometer sejam. Siklon itu bergerak perlahan ke arah utara merentasi Laut Filipina, di timur Visayas Timur di tengah Filipina.
Dalam nasihat siklon tropika yang dikeluarkan pada Jumaat, PAGASA berkata Nokaen dijangka menjejaskan kawasan pantai timur selatan Luzon hujung minggu ini.
Ribut itu boleh membawa hujan lebat hingga sangat lebat antara 100 hingga 200 milimeter, khususnya di kawasan sekitar Gunung Berapi Mayon di wilayah Albay.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) memberi amaran bahawa hujan lebat daripada ribut itu boleh mencetuskan aliran sedimen gunung berapi atau lahar di sungai dan saluran saliran di sekitar gunung berapi yang telah aktif sejak 1 Jan lepas.
Agensi itu turut memberi amaran bahawa lahar panas boleh menyebabkan kecederaan lecur dan boleh membawa kepada kecederaan serius serta mengancam nyawa.
Phivolcs seterusnya menambah bahawa mendapan letusan lama yang mudah terhakis di cerun barat daya Mayon boleh bergerak semula sebagai lahar bukan letusan sekali gus mengancam komuniti hilir.
Di wilayah Albay, ribuan penduduk yang tinggal berhampiran cerun Mayon telah pun dipindahkan susulan aktiviti gunung berapi yang berterusan.
Penduduk di kawasan terjejas dan berhampiran digesa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada terhadap nasihat lanjut pihak berkuasa berhubung siklon berkenaan.
-- BERNAMA