Singapura arah Kedutaan Israel padam catatan kontroversi tentang Palestin

Sinar Harian
Mac 25, 2024 10:48 MYT
Menurut Shanmugam, catatan 'tidak peka' yang berpotensi mencetuskan ketegangan itu sememangnya tidak boleh diterima. - Gambar fail/FB K Shanmugam
SINGAPURA: Kedutaan Israel di Singapura akur dengan arahan pemerintah negara bandar itu yang mendesak supaya memadamkan catatan kontroversi tentang Palestin di media sosial pada akhir minggu lalu.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam pada Isnin berkata, beliau memaklumkan kepada Kementerian Luar supaya segera bertindak.

“Catatan 'tidak peka' yang berpotensi mencetuskan ketegangan itu sememangnya tidak boleh diterima.

“Ia berisiko mengancam keselamatan dan keharmonian di Singapura.

"Saya amat kecewa apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Singapura pernah mengecam Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan pejuang Hamas dan kini mengutuk operasi serangan balas lebih ganas dilancarkan Israel yang sudah melampaui batas. - Agensi

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

#kerajaan singapura #Kedutaan Israel #kenyataan kontroversi mengenai Palestin #media sosial #K Shanmugam