awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura bakal tawarkan khidmat teksi udara menjelang tahun 2026

Agensi
Agensi
07/02/2021
05:03 MYT
Singapura bakal tawarkan khidmat teksi udara menjelang tahun 2026
Volocopter hasil ciptaan Stephan Wolf dan Alexander Zosel dari Jerman pada tahun 2011 itu turut melibatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) Pusat Penyelidikan Fraunhofer di Universiti Teknologi Nanyang Singapura. - Foto: Volocopter
SINGAPURA bakal menggunakan kenderaan udara berkuasa elektrik dikenali sebagai Volocopter sebagai teksi udara di negara itu menjelang tahun 2026.
Menurut Naib Presiden Eksekutif, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), Tan Kong Hwee, pihaknya sedang bekerjasama dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) untuk mewujudkan laluan bagi kenderaan terbabit.
"UAM boleh melebarkan lagi sektor pengangkutan udara, kita kenal pasti industri ini juga berkembang di Singapura.
"Singapura adalah pusat ujian yang penting bagi kenderaan autonomi, elektrik dan UAM termasuk ujian penerbangan Volocopter pada tahun 2019. Kami gembira Singapura dipilih untuk mengukuhkan aktiviti komersial dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
"Ini akan membantu membina keupayaan baharu untuk ekosistem pengangkutan kita dan mewujudkan banyak peluang menarik di Singapura," katanya.
Volocopter hasil ciptaan Stephan Wolf dan Alexander Zosel dari Jerman pada tahun 2011 itu turut melibatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) Pusat Penyelidikan Fraunhofer di Universiti Teknologi Nanyang Singapura.
Dilengkapi dengan sembilan buah bateri sebagai sumber tenaga serta 18 kipas dengan ciri-ciri keselamatan terkini, Volocopter berjaya menjalankan sebanyak 1,000 ujian penerbangan berjaya antaranya di Dubai dan Singapura.
Sehingga kini, Volocopter mempunyai 250 pekerja di pejabat di Bruchsal, Munich, dan Singapura.
Topic Berkaitan
#Singapura
#Volocopter
#Jerman
#Dubai
#Marina Bay
#keselamatan
#pengangkutan udara
#Teksi udara
#elektrik
#penerbangan
#Penguasa Penerbangan Awam Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan