DUNIA
Singapura berdepan serangan siber terhadap infrastruktur kritikal
Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) bersama agensi berkaitan sedang giat menangani serangan tersebut dan bekerjasama dengan pemilik infrastruktur maklumat kritikal (CII) yang terlibat. - Pixabay
SINGAPURA: Singapura kini berdepan serangan siber berterusan ke atas infrastruktur kritikal negara oleh pelaku ancaman canggih dikenali sebagai UNC3886, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.
Beliau berkata Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) bersama agensi berkaitan sedang giat menangani serangan tersebut dan bekerjasama dengan pemilik infrastruktur maklumat kritikal (CII) yang terlibat.
"UNC3886 merupakan ancaman serius kepada kita dan berpotensi menjejaskan keselamatan negara. Atas faktor keselamatan, kita tidak akan mendedahkan butiran lanjut mengenai serangan ini buat masa ini," katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 CSA pada Jumaat.
CSA berkongsi transkrip ucapan tersebut pada Sabtu.
Shanmugam berkata UNC3886, sebuah kumpulan ancaman berterusan lanjutan (APT), menggunakan peralatan canggih untuk menceroboh sistem, mengelak dikesan dan mengekalkan akses dalam rangkaian mangsa secara berterusan.
Beliau berkata matlamat pelaku ancaman ini jelas - ia menyasarkan sasaran strategik bernilai tinggi serta infrastruktur penting yang menyediakan perkhidmatan asas kepada negara.
"Jika serangan ini berjaya, ia boleh digunakan untuk kegiatan pengintipan dan boleh menyebabkan gangguan besar kepada Singapura dan rakyatnya," katanya.
Menurut Shanmugam, berdasarkan dapatan syarikat keselamatan siber, UNC3886 telah aktif sekurang-kurangnya sejak akhir 2021 dan dikaitkan dengan serangan terhadap infrastruktur kritikal seperti pertahanan, telekomunikasi dan organisasi teknologi di Amerika Syarikat dan Asia.
Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah serangan yang disyaki melibatkan kumpulan APT di Singapura meningkat lebih empat kali ganda dari 2021 hingga 2024.
Sementara itu, CSA berkata pihaknya telah menjalankan siasatan ke atas aktiviti UNC3886 sejak ia dikesan dalam sebahagian infrastruktur kritikal negara.
"CSA mengetuai siasatan ini dan bekerjasama rapat dengan agensi serta rakan berkaitan bagi menyokong organisasi yang terjejas," menurut kenyataan agensi itu pada Sabtu.
CSA juga sedang memantau semua sektor kritikal dan berkongsi maklumat ancaman bagi membolehkan langkah pencegahan diambil.
Agensi itu menjelaskan serangan seperti ini selalunya merupakan kempen jangka panjang dan CSA perlu mengekalkan keselamatan operasi dengan tidak mendedahkan maklumat lanjut buat masa ini.
-- BERNAMA