awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura berusaha kurangkan tempoh proses permohonan VEP kepada 3 minggu

Bernama
Bernama
18/04/2022
09:40 MYT
Singapura berusaha kurangkan tempoh proses permohonan VEP kepada 3 minggu
Sejak permohonan dibuka pada 31 Mac 2022, kira-kira 50,000 atau 40 peratus permohonan telah diluluskan lebih awal daripada tarikh ditetapkan.- Gambar fail/BERNAMA
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada Isnin memaklumkan LTA berusaha untuk mempercepat proses permohonan Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak sempadan darat dibuka pada 1 April 2022.
"Dengan pertambahan sumber, masa pemprosesan VEP dijangka dapat dikurangkan kepada tiga minggu berbanding tujuh minggu.
"Sehingga kini, LTA telah menerima kira-kira 120,000 permohonan VEP," menurut LTA dalam laman sesawangnya.
Di samping itu, menurut LTA pemohon akan dimaklumkan mengenai jangkaan masa pemprosesan ketika memohon.
Sejak permohonan dibuka pada 31 Mac 2022, kira-kira 50,000 atau 40 peratus permohonan telah diluluskan lebih awal daripada tarikh ditetapkan.
LTA memberi jaminan bahawa baki permohon dijangka dapat diproses dalam tempoh tiga minggu dan menasihatkan pengembara untuk merancang perjalanan lebih awal.
Permohonan VEP mesti dibuat menerusi perkhidmatan dalam talian terlebih dahulu melalui Perkhidmatan Digital VEP di laman sesawang OneMotoring LTA.
Pemohon juga harus memastikan semua salinan dokumen yang diperlukan lengkap seperti Kad Pengenalan atau Pasport; Kad Pas Imigresen; Sijil Pendaftaran Kenderaan (Perakuan Pendaftaran Kenderaan); Sijil Insurans Kenderaan (Sijil Insurans); dan Cukai Jalan Kenderaan.
Pemandu kenderaan asing mesti mempunyai e-mel kelulusan VEP LTA dan kad Autopass yang sah sebelum ke Singapura.
Mereka yang tidak mempunyai kad Autopass mesti merujuk kepada e-mel kelulusan VEP LTA untuk mendapatkan arahan mengambil kad Autopass di Pusat Servis Johor Bahru LTA, di 34, Jalan Tun Abdul Razak Susur 1, 80000, Johor Bahru, Johor, sebelum memasuki Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permit masuk kenderaan
#Singapura
#VEP
#Imigresen
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan