INTERNATIONAL
Singapura bina penjana hidrogen, mula beroperasi 2029

Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029. -Gambar hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029, menurut Lembaga Pasaran Tenaga (EMA), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029.
- Unit penjana baharu oleh PacificLight Power ini akan mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt dan mampu beroperasi dengan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada peringkat awal.
- Permintaan tenaga Singapura dijangka berkembang pada kadar tahunan kompaun antara 3.7 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang, mencecah antara 10.1 gigawatt hingga 11.8 gigawatt menjelang 2030.
Terletak di Pulau Jurong, kemudahan ini akan mampu beroperasi dengan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada peringkat awal, dengan rancangan untuk menggunakan 100 peratus hidrogen pada masa hadapan, menurut kenyataan syarikat.
Permintaan tenaga Singapura dilaporkan terus meningkat, dipacu oleh sektor-sektor yang memerlukan penggunaan elektrik intensif seperti pembuatan maju dan ekonomi digital, menurut EMA.
Permintaan sistem kuasa Singapura diunjurkan berkembang pada kadar tahunan kompaun antara 3.7 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang, mencecah antara 10.1 gigawatt hingga 11.8 gigawatt menjelang 2030.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami