DUNIA
Singapura, China, Malaysia dominasi pelaburan asing di Indonesia

Lima sektor utama yang menarik pelaburan asing ialah industri logam asas, pengangkutan dan telekomunikasi, perlombongan, perkhidmatan serta sektor perumahan dan kawasan perindustrian. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Indonesia, Hasan Nasbi menyenaraikan Singapura dan Malaysia antara lima negara utama dengan pelaburan terbesar di Indonesia setakat Ogos 2025.
Ringkasan AI
- Singapura dan Malaysia tersenarai antara lima negara utama pelabur terbesar di Indonesia, dengan pelaburan masing-masing sebanyak US$8.8 bilion dan US$1.7 bilion, menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
- Lima sektor utama yang menarik pelaburan asing ialah industri logam asas, pengangkutan dan telekomunikasi, perlombongan, perkhidmatan serta sektor perumahan dan kawasan perindustrian.
- Jumlah pelaburan yang telah direalisasikan mencecah Rp942.9 trilion, hampir 50 peratus daripada sasaran tahunan Rp1,900 trilion, menjadikan Indonesia kekal sebagai destinasi utama pelaburan global.
Di Indonesia, pelaburan dari Hong Kong dan China berjumlah lebih US$8 bilion, manakala pelaburan Malaysia sebanyak US$1.7 bilion dan Jepun US$1.6 bilion.
Lima sektor utama yang menarik pelaburan asing ialah industri logam asas, pengangkutan dan telekomunikasi, perlombongan, perkhidmatan serta sektor perumahan dan kawasan perindustrian.
"Pelaburan ini telah direalisasikan. Ini bermaksud mereka benar-benar melabur di sini, bukan sekadar komitmen atau janji," katanya.
Jumlah keseluruhan nilai pelaburan yang direalisasikan setakat Ogos 2025 direkodkan pada Rp942.9 trilion, iaitu hampir 50 peratus daripada sasaran tahunan Rp1,900 trilion.
Beliau berkata pencapaian itu menjadi isyarat kukuh bahawa Indonesia kekal sebagai destinasi utama pelaburan global.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami