Status positif HIV bagi 14,200 individu di Singapura termasuk maklumat sulit seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon mereka telah dibocorkan dalam talian, dedah Kementerian Kesihatan republik itu pada Isnin.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, rekod data yang kini terdedah itu terdiri daripada 5,400 warga Singapura yang didiagnos dengan HIV sehingga Januari 2013, selain senarai 8,800 warga asing yang menghidap HIV sehingga Disember 2011.
Maklumat yang terbocor itu merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan rekod perubatan. Bagi warga asing, antara data sulit yang terdedah termasuklah maklumat permohonan kerja dan lawatan.
Lebih daripada itu, butiran 2,400 penama lain yang berkaitan dengan penghidap juga turut terbocor dan berisiko berada dalam akses umum.
Daftar HIV tersebut mengandungi maklumat tentang individu yang didiagnos dengan HIV, iaitu penyakit yang disenarai di bawah Akta Penyakit Berjangkit. Kementerian Kesihatan republik itu berkata pihaknya menggunakan daftar tersebut untuk menjejak penama dan menilai langkah kawalan dan pengurusan penyakit.
Semua maklumat itu kini dalam simpanan índividu yang tidak mempunyai hak ke atas daftar itu, iaitu warga Amerika Syarikat Mikhy K Farrera Brochez. Brochez telah dihantar pulanng dari Singapura pada pril 2018, selepas dia berdepan dakwaan kes penipuan dan kesalahan dadah serta dihukum penjara selama 28 bulan.
“Sementara akses kepada maklumat itu dapat dihalang, ia masih berada dalam tangan orang yang tidak sepatutnya, dan boleh terdedah kepada umum pada masa akan datang.
“Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan untuk mengimbas internet bagi sebarang tanda penyebaran maklumat itu," kata kenyataan berkenaan.
Agensi
Mon Jan 28 2019
![Singapura gempar status HIV positif bagi 14,200 individu terbocor dalam talian Singapura gempar status HIV positif bagi 14,200 individu terbocor dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542434267_JarumDarah.jpg)
Maklumat yang terbocor itu merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan rekod perubatan. - Gambar hiasan
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![Lampu 'Check Engine' menyala? Usah panik, ini apa anda perlu lakukan Lampu 'Check Engine' menyala? Usah panik, ini apa anda perlu lakukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631937008_kereta.jpg)
Lampu 'Check Engine' menyala? Usah panik, ini apa anda perlu lakukan
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telag mengesan ada masalah pada sistem kereta.
![Kementerian Kesihatan wujud Kerangka Kerja Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa Kementerian Kesihatan wujud Kerangka Kerja Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561371294_TBLEEBOONCHYE.jpg)
Kementerian Kesihatan wujud Kerangka Kerja Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa
Jawatankuasa itu akan melakukan advokasi pendidikan kesihatan kepada orang awam, saringan dan diagnosis pesakit jarang jumpa.
![Singapura gempar status HIV positif bagi 14,200 individu terbocor dalam talian Singapura gempar status HIV positif bagi 14,200 individu terbocor dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542434267_JarumDarah.jpg)
Singapura gempar status HIV positif bagi 14,200 individu terbocor dalam talian
Maklumat yang terbocor itu merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan rekod perubatan.
![Barah hidung: Peluang sembuh tinggi dengan rawatan awal Barah hidung: Peluang sembuh tinggi dengan rawatan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537784639_NOSECANCER.jpg)
Barah hidung: Peluang sembuh tinggi dengan rawatan awal
Barah hidung seperti 'Nasopharygeal carcinoma' mempunyai peluang sehingga 90 peratus untuk sembuh jika didiagnosis dan dirawat awal, demikian menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Cawangan Pula