DUNIA
Singapura hantar pesawat C-130 untuk operasi guguran udara bantuan kemanusiaan di Gaza
Pesawat C-130 Tentera Udara Singapura (RSAF) membawa bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada bekalan perubatan sumbangan Kementerian Kesihatan, serta bekalan makanan. - Foto FB MINDEF Singapore
SINGAPURA: Singapura pada Isnin menghantar sebuah pesawat pengangkut C-130 ke Jordan bagi melaksanakan operasi menggugurkan pakej bantuan kemanusiaan ke Gaza atas jemputan kerajaan Jordan, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Ringkasan AI
Di Jordan, pesawat C-130 terbabit akan menyertai pesawat tentera negara lain dalam menjalankan operasi berkenaan.
MINDEF memaklumkan pesawat C-130 Tentera Udara Singapura (RSAF) membawa bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada bekalan perubatan sumbangan Kementerian Kesihatan, serta bekalan makanan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Seramai 58 anggota pertahanan dan tentera telah dikerah bagi menyokong operasi ini," menurut MINDEF dalam kenyataan pada Isnin.
Ini merupakan kali kedua pesawat C-130 RSAF melaksanakan operasi guguran udara bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Majlis pelepasan di Pangkalan Udara Paya Lebar turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Zaqy Mohamad serta Menteri Negara (Pertahanan) Desmond Choo.
Zaqy berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sentiasa bersedia menyokong misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Ini adalah antara cara untuk menunjukkan bagaimana seluruh masyarakat berganding bahu menzahirkan rasa prihatin, menghimpunkan segala sumber dan rakyat Singapura," katanya.
Pemangku Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim yang turut hadir bertemu wakil NGO terlibat, mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Islam dan seluruh rakyat Singapura atas kemurahan hati, keprihatinan serta doa mereka.
"Setiap pemberian adalah cahaya di kegelapan bagi seseorang yang memerlukan. Marilah kita terus mendoakan Gaza, menyokong inisiatif kemanusiaan dan berusaha ke arah masa depan yang aman, selamat dan bermaruah untuk semua," katanya.
Sejak tercetusnya konflik terbaharu Israel-Hamas pada Oktober 2023, Singapura dan rakyatnya menyumbang sembilan kumpulan bantuan kemanusiaan ke Gaza, berjumlah lebih S$22 juta (S$1=RM3.30).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Singapura menghantar pesawat C-130 ke Jordan untuk melaksanakan operasi guguran bantuan kemanusiaan ke Gaza, atas jemputan kerajaan Jordan.
- Bantuan terdiri daripada bekalan perubatan dan makanan, disumbangkan oleh Kementerian Kesihatan dan beberapa NGO seperti Humanity Matters, Mercy Relief dan Rahmatan Lil Alamin Foundation.
- Misi ini mencerminkan solidariti masyarakat Singapura, dengan pemimpin seperti Zaqy Mohamad dan Faishal Ibrahim menekankan kepentingan keprihatinan, doa dan usaha bersama.